Kempen terbaru Balenciaga yang melibatkan kanak-kanak memegang patung beruang dengan imej tak senonoh telah menaikkan kemarahan dan mengundang kritikan di media sosial.
Pengarah Kreatif dan Ketua Pegawai Eksekutif Balenciaga pada Jumaat memohon maaf atas kempen pengiklanan tersebut. Kempen itu juga menyebabkan bekas isteri Kanye West untuk mempertimbangkan semula hubungannya dengan jenama itu.
“Saya secara peribadi ingin memohon maaf atas pilihan konsep artistik yang salah untuk kempen pemberian hadiah bersama anak-anak,” kata Pengarah Kreatif Demna Gvasalia, dikenali sebagai Demna, dalam mesej yang disiarkan di Instagram (IG).
Patung beruang pakai ‘bondage’
Apa yang menaikkan kemarahan ramai adalah patung beruang yang mengenakan ‘bondage’ yang dilihat tidak sesuai kerana dikira sebagai satu bentuk seksual dan tidak sesuai untuk digayakan dengan model kanak-kanak.
Tidak hanya itu, prop yang digunakan untuk kempen berasingan yang juga melibatkan kanak-kanak memaparkan teks daripada keputusan 2008 oleh Mahkamah Agung berkaitan kes pornografi kanak-kanak.
Dalam satu kenyataan awal minggu ini, Balenciaga memohon maaf dan memaklumkan siasatan terhadap kempen iklan itu sedang dijalankan.
Sebagai satu jenama yang besar, adalah pelik untuk pihak atasan tidak melihat kempen besar mereka terlebih dahulu sebelum mempersetujui namun segalanya sudah terlambat dan ramai sudah mula memboikot jenama tersebut.
Baca Juga: Selepas 42 tahun makan gadis Belanda, kanibal Jepun tidak pernah dipenjara ini akhirnya mati