Anak-anak dihantar ke tempat mengaji untuk tambah ilmu agama, namun segalanya musnah apabila guru yang sepatutnya mendidik itulah yang telah merosakkan anak-anak yang tidak berdosa ini. Seorang guru mengaji dari Indonesia didakwa mencabul anak muridnya di sebuah institusi pendidikan agama.
Guru dari Tuban itu didakwa mencabul pelajar bawah umur sebanyak 20 kali dalam tempoh dua tahun. Mangsa dikatakan sering menangis dalam dakapan ibu usai pulang dari tempat mengaji lapor Kompas.
Apabila disoal mengenai tangisannya, mangsa tidak berani menceritakan apa-apa hingga membuatkan ibu bapa mangsa menjadi risau dengan keadaan anak mereka.
Namun apabila mangsa mula berubah tingkah lakunya, ibu bapa mangsa memilih untuk memeriksa telefon bimbit mangsa dan saat itu terbongkarlah perbuatan jijik guru terbabit kepada mangsa.
Tidak hanya itu, ibu bapa mangsa juga menjumpai perbualan suspek yang memperkosa mangsa dan menjadikan itu bukti untuk membawa suspek ke muka pengadilan.
Susulan itu, suspek dipercayai pernah melakukan hubungan seks dengan dua pelajarnya selama dua tahun. Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis dan kes masih dalam sisatan.
Baca Juga: Oh rupanya ini cara mereka ‘survive’ selepas terperangkap 9 hari dalam runtuhan