Had ahli kumpulan Whatsapp dipertingkat kepada 1,024

  • Post author:

Semakin meriah!

Kini Whatsapp telah mempertingkatkan had keahlian Group daripada 512 orang kepada 1,024 dalam satu kumpulan.

Kemas kini itu katanya akan diedarkan secara berfasa di kedua-dua platform Android dan iOS dalam minggu ini.

Mei lalu, WhatsApp meningkatkan saiz Kumpulan WhatsAppnya kepada 512 orang dan ia juga membenarkan pengguna menghantar fail yang lebih besar sehingga saiz 2GB.

Media melaporkan, selain had keahlian Group dipertingkat, WhatsApp juga memaklumkan mereka sedang menguji ciri yang memberikan pentadbir Group lebih alat kawalan bagi mengawal selia peserta-peserta Group kendalian mereka.

Sebagai contoh, di masa akan datang, pentadbir Group boleh menggunakan sistem pengesahan sebagai ‘penjaga‘ sebelum seseorang menyertai sesuatu Group.

Baca Juga: Kurangkan kos haji dan umrah, wanita tak perlu bawa mahram bersama

Baca Juga: PRU-15: Calon PKR dimuktamad sebelum 20 Oktober