Hamil anak ketiga lebih mencabar, Mawar Rashid masuk hospital sebab dihidrasi

  • Post author:

Mawar Rashid dikatakan sedang hamil anak ketiga namun tidak mendedahkan usia kandungan. Pelakon itu mengalami alahan teruk untuk kandungan kali ini hingga dimasukkan ke hospital disebabkan dehidrasi.

Mawar, 27, berkongsi mengenai berita gembira itu di laman media sosialnya. Bukan sahaja tuan empunya badan tidak sihat, malah dia di uji apabila anak-anak juga demam berkali-kali.

“Tiga bulan Mawar tak sihat. Sampai kena pergi hospital sebab severe dehydration. Tak boleh makan dan minum, sakit kepala sampai terbaring.

“Terpaksa tolak job. Diuji dengan anak-anak pula demam lama berkali-kali.

“Namun, dalam kepahitan ada kemanisannya. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung di dalam badan Mawar.

Dalam pada itu, Mawar turut memanjatkan doa agar semua wanita diberi peluang untuk bergelar seorang ibu dan merasai sendiri pengalaman tersebut.

“Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mata, dipermudahkan dan dimakbul Allah SWT hajatnya. Insya-Allah. Amin.”

 

@mawarashid

Syukur Alhamdulillah 🤍 Terima kasih mendoakan yg baik2. Mawar doakan juga kepada ibubapa yg masih menanti untuk mendapat cahaya mata, dipermudahkan dan dimakbul Allah Swt hajatnya. Insyaa’Allah. Aamiin

♬ you are my sunshine – christina perri

Baca Juga: Terima jambangan bunga, Nasha Aziz mengaku ada orang istimewa

Baca Juga: Dulu sakit terpaksa mohon baitulmal, penerima zakat mohon hentikan bantuan lepas stabil dengan gaji RM2,400