Hanya restu anak bertanding atas tiket Pas, rakyat anggap PN terdesak sampai guna isu ini

Tindakan Pakatan Nasional yang menggunakan isu Nik Omar yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan dilihat seperti agak terdesak setelah ibunya sendiri mengeluarkan kenyataan tidak merestui anak yang bertanding atas tiket pari selain Pas.

Isteri kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memaklumkan beliau tidak merestui mana-mana anaknya bertanding di Pilihan Raya, melainkan atas tiket Pas lapor Harian Metro

Tuan Sabariah memaklumkan beliau dan arwah suami sudah mendidik anak-anak mereka sejak kecil agar istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS.

“Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket Pas.

“Al-Marhum Tuan Guru dan saya sudah mendidik anak-anak kami sejak dari kecil lagi agar kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Parti PAS,” katanya.

tak restu anak bertanding atas tiket selain Pas

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Rakyat mula melihat ini sebagai tindakan yang agak ‘low class’ daripada PN kerana menggunakan isu ibu dan anak untuk cetus kemarahan rakyat dan kekal mengundi Pas.

tak restu anak bertanding atas tiket selain Pas

tak restu anak bertanding atas tiket selain Pas

Baca Juga: PRU-15: PH yakin kadar keluar mengundi lebih 80%

Baca Juga: Satu undi untuk PN samalah macam mengundi BN