Hanya sebab duit, tiga lelaki dihukum mati kerana halang projek mega di Arab Saudi

  • Post author:

Hanya kerana enggan berpindah dari rumah, tiga lelaki dari suku kaum Howeitat dihukum mati. Ini hanyalah disebabkan projek bandar mega bandar baharu Arab Saudi yang bernilai 450 bilion pound (RM2.3 trilion) dan mereka dikatakan menghalang laluan itu.

Shadli, Atallah dan Ibrahim al-Howeiti adalah ahli dari seluruh suku kaum yang diusir secara paksa untuk memberi laluan kepada pembinaan projek yang diberi nama Neom itu lapor DailyMail.

Menurut kumpulan hak asasi Alqst yang berpangkalan di United Kingdom (UK) Alqst, ketiga-tiga lelaki itu ditangkap pada tahun 2020 kerana menentang pengusiran di kawasan itu. Mahkamah Jenayah Khas Arab Saudi dilaporkan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka pada 2 Oktober lalu.

Neom merupakan projek bandar ‘pintar’ meliputi kawasan seluas 16.09 kilometer persegi wilayah Tabuk berhampiran sempadan Jordan dan Mesir.

Arab Saudi kini giat melaksanakan pelbagai pembangunan bagi menarik kemasukan lebih banyak pelabur antarabangsa, sekali gus menjadikan negara ini sebagai hub utama ekonomi dunia.

Baca Juga: Tinggal dengan pesakit mental, pasangan ini cipta keunikan

Baca Juga: “Dulu gelakkan ayah pakai kancil 660, bulan lepas kereta H dia kena tarik tak bayar”-Dunia ini berputar