Minda kanak-kanak bukanlah seperti kita yang tahu mana betul dan mana salah. Hanya kerana kesalahan kecil seperti terbuang air besar atas tilam dan tak mahu makan, maafkan sahaja mereka bukannya pukul sampai lupa diri.
Seorang lelaki tergamak mendera anak angkatnya berusia empat tahun, kejadian itu turut disaksikan adik ipar lelaki terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan sejak sebulan lalu sebelum melaporkan kepada polis semalam lapor Harian Metro.
Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak memukul kanak-kanak lelaki itu bermula bulan lalu dan terbaru dia melakukan perbuatan itu jam 7 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita berusia 19 tahun yang juga adik ipar suspek pada mulanya bertengkar dengan kakaknya berpunca dia menegur mereka memarahi mangsa sehingga.
“Kakak pengadu menjaga mangsa sejak berusia lima bulan seteleah diserah oleh seseorang yang tidak dikenali secara sukarela.
“Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek. Mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata, susulan itu pada jam 5 petang semalam, polis menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah.”
Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Oktober ini. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Baca Juga: Rumah tangga Sharifah Sakinah dengan Michael akhirnya musnah-“Kami berdua akan bercerai, bye-bye”
Baca Juga: Ya Allah besarnya! Gadis kembang tekak lepas jumpa lipas dalam minuman McDonald