Happy Amtasary Baby – Pasangan terhibur kedai salah eja anniversary, siap nyanyi lagu birthday pula

Pastinya sambutan ulang tahun perkahwinan dipenuhi dengan makan malam yang romantis dan kejutan buat pasangan. Namun buat wanita ini, bukan hanya pasangan, malah dia terkejut melihat ejaan ‘anniversary’ bertukar menjadi amtasary.

Wanita tersebut berkongsi di TikTok @ijjatulss, apabila dia memesan sepotong kek di sebuah restoran Arab sempena sambutan Hari Ulangtahun Perkahwinan bersama suaminya.

Apa yang lebih kelakar, wanita tersebut sudah menulis atas sekeping kertas ayat ‘Happy Anniversary Baby’ yang mahu ditulis di pinggan tersebut tapi masih lagi salah sehingga menjadi bahan ketawa dia dan pasangan.

Sejurus saja kek itu sampai, kedua-dua suami dan isteri tak dapat menahan ketawa apabila mendapati kek yang dipesan sudah ditulis “Happy Amtasary Baby”.

“Asalnya order kek dan suruh tulis happy anniversary .Sampai nya lain, Amtasary pon boleh laa. Yakin sangat dia sampai nyanyi happy birthday to you“.

@ijjatulss

Asalnya order kek dan suruh tulis happy anniversary . Sampai nya lain😂😂😂 Amtasary pon boleh laa. Yakin sangat dia sampai nyanyi happy birthday to u😂kunafah iloveyou3000

♬ original sound – cintaHati❤ – cintaHati❤

Warganet juga terhibur dengan sikap pelayan tersebut yang berlalu pergi sejurus selesai menyanyikan lagu hari lahir buat pasangan tersebut.

Happy Amtasary Baby

Happy Amtasary Baby

Baca Juga: Alahai, baru je lulus ujian memandu, kereta pula terbabas masuk sungai 

Baca Juga: “Malam tadi awak boleh tidur lena, tetapi malam ini korang boleh menangis ramai-ramai”