Harga baharu RON97 kini turun sebanyak lima sen seliter bagi tempoh Khamis sehingga 21 September depan.
Perkara tersebut diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
MOF memaklumkan, harga baharu runcit bagi produk itu adalah RM4.15 berbanding RM4.20 pada sebelum ini.
“Harga runcit bagi RON95 dan diesel masing-masing dikekalkan pada paras RM2.05 dan RM2.15 setiap liter,” maklum kementerian itu dalam kenyataannya.
Dalam pada itu, MOF memberitahu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu, dibuat menggunakan formula mekanisma harga automatik.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.
Baca Juga: 3 laluan Banda Hilir ditutup sempena sambutan Hari Malaysia
Baca Juga: Netizen sebak anak arwah Abam panggil “ayah”