“Harta pertama ni memang sentimental sikit” netizen terhibur lihat Nad Zainal teruja terjumpa kereta pertamanya

  • Post author:

Orang kata setiap barang berharga yang kita miliki dengan susah payah, mempunyai nilai sentimental tersendiri yang sukar untuk diungkap. Apatah lagi jika barangan itu satu ketika dahulu dianggap sebagai harta tidak ternilai yang banyak membantu ketika susah senang kita.

Sama seperti yang dialami pelakon wanita popular ini, Nad Zainal yang baru-baru ini gelagat lucunya dirakam apabila kelihatan begitu teruja bertemu dengan kereta pertamanya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @bungaorkedrose di TikTok, dapat dilihat Nad Zainal sedang berbual mesra bersama pemilik video tersebut sambil membelek kereta dihadapannya yang dikatakan adalah kereta pertamanya yang sering digunakan sewaktu zaman belajar.

Excited dia sebab jumpa balik kereta pertama…” tulis bunga di ruangan kapsyen.

Dalam rakaman berkenaan, pelakon berusia 32 tahun itu kelihatan sangat gembira apabila berjumpa semula kereta pertama yang pernah dimilikinya suatu ketika dahulu.

Di penghujung video, Nad Zainal juga sempat bergambar dengan keretanya itu sekaligus mengundang banyak reaksi dalam kalangan netizen.

Antara komen netizen

 

Baca juga: “Nanti kakak pula tolong adik masuk syurga ya,” – Netizen sebak tengok adik tolong kakak ‘istimewa’ pakai kasut

Baca juga: Bila roti betul-betul terbang ke laut, rasa kelakar lihat kegigihan adik tebar roti canai