Helikopter terputus hubungan selepas 39 minit terbang

  • Post author:

Sebuah helikopter jenis Eurocopter dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara di Kuala Lumpur pada pukul 12.16 tengah hari ini. Perkara ini disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi lapor Utusan.

“Helikopter berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada pukul 11.37 pagi sebelum terputus hubungan 39 minit kemudian dengan menara kawalan udara.

“Helikopter milik syarikat swasta berkenaan dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran Bidor, Perak,” katanya

Baca Juga: Guna lorong kanan walaupun tahu kenderaan berat, 30 pemandu disaman

Baca Juga: Pemuda ini tunjuk realiti sebenar penghuni flat di Hong Kong, rumah pun ada yang macam sangkar