Hidap penyakit bipolar sudah lebih 10 tahun, Janna Nick bukan hanya cari perhatian

  • Post author:

Gangguan bipolar adalah gangguan bahan kimia dalam otak yang menyebabkan perubahan yang luar biasa dari segi mood, tenaga, tahap aktiviti, dan keupayaan untuk menjalankan tugasan harian.

Pemilik suara untuk lagu Gatal, Janna Nick menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia hanya mahu mencari perhatian dengan mengumumkan dirinya menghidap penyakit bipolar.

Tidak mengharap simpati

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, dia merahsiakan penyakitnya selama lebih 10 tahun, jadi kalau benar dia mahu raih simpati sudah lama dia lakukan.

“Setiap hantaran atau kandungan yang dimuat naik di media sosial mengenai penyakit yang saya hadapi, langsung tiada kena mengena atau bertujuan mahu meraih simpati orang.

“Kalau betul mahu meraih simpati, dari dahulu lagi saya sudah lakukan seperti berkongsi perjalanan kehidupan saya sejak kecil sampai hari ini,” jelasnya kepada Utusan.

Dia mula membuat perkongsian mengenai penyakit tersebut kerana mahu memberi kesedaran kepada insan senasib agar tidak rasa sendiri atau tersisih ketika berdepan ujian hidup.

“Saya tahu ramai yang senasib dengan saya, tetapi mereka malu untuk mengakuinya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik, saya mahu mereka tahu mereka tidak sunyi atau sendirian menanggung derita,” katanya.

Sudah berhenti ambil ubat antidepresi

Janna juga berkongsi mengenai kesihatan dan rawatan yang dijalaninya, dia memilih untuk berhenti mengambil ubat antidepresi atas urusan kerja namun memastikan dapat sokongan pakar sebelum benar-benar berhenti.

“Saya cuma ambil ubat selama dua bulan pada pertengahan tahun lalu kerana ketika itu, saya sangat memerlukannya. Saya berhenti selepas tidak tahan dengan dos yang terlalu tinggi hingga mengganggu jadual kerja seni, selain mendatangkan pelbagai kesan terhadap diri.

“Selepas berbincang dengan doktor, dia setuju dan membenarkan saya berhenti makan pil tersebut. Saya kini hanya mengambil ubat-ubatan biasa sahaja,” katanya.

Bukanlah senang untuk seseorang mengakui dirinya menghidap sesuatu penyakit, mungkin bimbang dengan persepsi masyarakat buat dirinya. Namun jangan jadikan mereka sebagai bahan cemuhan hanya kerana penyakit mereka.

Baca Juga: Tak habis isu berpesta, Perdana Menteri Finland mohon maaf gambar tak senonoh pula tersebar

Baca Juga: Wawa Zainal bersyukur hampir 100 ribu tudung wawa scarves terjual, raih RM2.5 juta dalam 24 jam