Hilang nyawa sebab bola, peminat Manchester United hanya mahu pertahan abang

  • Post author:

Seorang lelaki berusia 31 tahun di Zimbabwe hilang nyawa selepas dibunuh guna parang akibat pertengkaran yang berlaku di antara abangnya dan seorang lagi penyokong.

Polis berkata pertengkaran tersebut adalah mengenai kekalahan 0-4 Manchester United kepada Brentford, Sabtu lalu.

Vukile Nkomo menonton perlawanan membabitkan Red Devils itu bersama abangnya di perkampungan kecil di Mbembesi pada malam Sabtu lalu.

Menurut Sunday News, selepas perlawanan tamat, abangnya dan lelaki bernama Sthembelani Tshuma kemudiannya bergaduh.

Balik rumah, ambil parang

Sthembelani kemudiannya meninggalkan mereka dan pulang ke rumah namun datang kembali dengan membawa parang dan menetak Vukile, abangnya lari ke kedai berdekatan untuk buat laporan polis.

Namun dia sudah terlambat selepas adiknya terbunuh dengan berlumuran darah dan polis kini masih memburu Sthembelani yang melarikan diri selepas melakukan jenayah itu.

Baca Juga: Ronaldo buat hal lagi, tak mahu jumpa peminat selepas kalah 0-4

Baca Juga: “Saya tidak beli mana-mana pasukan”, Elon Musk cuma bergurau, tak berhasrat beli Manchester United