Hormat status suami orang, Intan Najuwa elak bersentuhan dengan Yusuf Bahrin

Isu bersentuhan dalam drama memang sukar dielakkan namun Intan Najuwa hormat dengan pendirian Yusuf Bahrin yang tidak mahu bersentuhan dalam drama terbaru yang menggandingkan mereka berdua sebagai pelakon utama.

Intan tidak menjadikan batasan pergaulan itu sebagai satu isu. Bagi pelakon yang baru berusia 25 tahun, dia menghormati status Yusuf sebagai suami kepada penyanyi Zizi Kirana lapor OhBulan!.

“Saya tiada masalah, itu hak dia untuk tidak bersentuhan. Bila tahu tentang itu saya hormati dan lebih berhati-hati. Saya terus letakkan dalam kepala dan tahu nak buat macam mana.”

Bukan drama cinta

Intan yakin tidak akan terpalit kontroversi memandangkan drama ini adalah lebih kepada cerita mengenai keluarga dan bukan sekadar drama cinta.

“Saya rasa kali ini tiada kontroversi sebab drama ini bukan cerita cinta. Lebih kepada cerita tentang keluarga. Saya yakin tiada timbul kontroversi yang tidak sepatutnya.”

Selain Intan, Jesnita turut dibarisi pelakon lain seperti Yusuf Bahrin, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Malek Maccrone dan Fathia Latiff.

Baca Juga: ‘Sebab bukan rumah tangga anak dia yang runtuh’ – netizen berang Kazar pertahan kesalahan anak

Baca Juga: Ibu muda anak dua nafi pukul kepala suami guna telefon bimbit