Hujan di hari mengundi, rakyat disaran keluar awal

  • Post author:

Jangan jadikan hujan sebagai alasan untuk tidak keluar mengundi, Met Malaysia sarankan pengundi bagi kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk keluar mengundi pada waktu pagi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata kawasan di Selangor yang dijangka hujan pada waktu pagi hanyalah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kapar, Klang dan Kuala Langat.

Pengundi Utara keluar pada waktu petang kecuali Pulau Pinang

“Pengundi di Kedah, Perlis dan Perak turut disarankan untuk keluar membuang undi pada waktu pagi kecuali Pulau Pinang yang diramalkan cuaca baik hanya pada waktu petang.

“Sementara itu di Pantai Timur, pengundi di Pahang dinasihatkan untuk keluar mengundi pada waktu pagi, manakala di Kelantan kebanyakan kawasan dijangka hujan pada waktu pagi, kecuali Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang,” ujar MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia, di Terengganu, hampir seluruh kawasan parlimen diramal hujan seharian kecuali cuaca cerah buat kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman pada waktu pagi.

Di Negeri Sembilan dan Johor, cuaca turut diramalkan cerah pada waktu pagi di kebanyakan kawasan, manakala pengundi di Melaka dinasihatkan keluar mengundi pada waktu petang.

“Dalam pada itu, pengundi di kawasan parlimen Sarawak, Sabah dan Labuan juga digalakkan mengundi pada waktu pagi berikutan cuaca diramal cerah dan ribut petir hanya pada waktu petang,” ujar MetMalaysia

Diharapkan pengundi dapat merancang perjalanan pulang untuk mengundi, inilah masa depan negara kita untuk lima tahun akan datang. Laksanakan tanggunjawab anda, inilah masa untuk merubah masa hadapan.

Baca Juga: Netizen sangka UFO, rupanya….

Baca Juga: Kenyataan berbaur perkauman polis buka kertas siasatan terhadap pelakon