Ibu yang lahirkan, budak 6 tahun menangis muka disamakan dengan bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari wilayah Jiangsu, China telah menjadi viral di media sosial selepas dia menangis apabila diberitahu dia lebih mirip bapanya dan bukan seperti ibu yang lahirkannya

Nampaknya, keletah comel gadis yang tidak dikenali dari Suqian itu terjadi apabila dia tidak berpuas hati dengan komen yang dilontarkan rakan ibunya itu, lapor Mothership.

Dalam video yang dimuat naik oleh ibunya, dikenali sebagai Puan Zhang, gadis itu dilihat berdesis dan mempersoalkan mengapa dia kelihatan seperti bapanya.

Gadis itu beralasan bahawa ibunya yang melahirkannya, bukan bapanya, oleh itu dia tidak sepatutnya kelihatan seperti bapa dan dia juga merasakan dirinya tidak akan kelihatan cantik jika menyerupai bapanya.

Bagi menguatkan hujahnya, gadis itu turut memetik lirik Mom Is The Best In The World. Walaupun begitu, si ibu tetap mengekalkan hubungan baik anak perempuannya dengan bapanya.

“Dia menghabiskan lebih banyak masa dengannya,” kata ibu dalam klip itu, sambil menyatakan bahawa suaminya pasti akan patah hati jika dia mendengar luahan anak perempuan mereka.

Baca Juga: Tak kisah digelar wanita terhodoh di dunia, asalkan anak bahagia

Baca Juga: Peras ugut ibu mahukan duit, si anak pura-pura jadi tebusan siap letak pisau dileher akhirnya kantoi