Ini komen netizen selepas nampak Intan bertudung…

  • Post author:

“Masya Allah cantiknya Kak Intan pakai tudung,”

Demikian komen netizen apabila melihat pelakon, Intan Ladyana yang kini tampil bertudung.

Di laman sosial Instagram, Harris, 23, berkongsi foto terbaharu keluarganya yang sedang menikmati percutian di atas sebuah kapal persiaran mewah .

Gambar tersebut dimuat naik dengan kapsyen“Quality time.”

Menerusi pekongsian itu lagi, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 40, kelihatan manis bertudung jenis bawal sambil mendukung anaknya. 

Sementara itu, di ruangan komen, penampilan Intan yang mengenakan hijab menerima pelbagai respon positif dalam kalangan peminatnya.

“Masyallah cantik Intan bertudung. Moga istiqamah,”

“Cantiknya Intan Ladyana bertudung,”

“Semoga kak Intan istiqamah. Awak sangat cantik bertudung,”

Demikian pujian yang diterima Intan susulan penampilan imej terbaharunya.

Baca Juga: Penat hadap banjir, warga emas habiskan RM47,000 untuk bina rumah terapung

Baca Juga: Bukit Jalil masih ‘home stadium’, Khalid harap lokasi tak jejas semangat penyokong