Semalam secara rasmi pasukan memanah Korea wanita menang emas lagi untuk Sukan Olimpik Paris 2024. Dan tahukah anda ini pingat ke 10 berturut-turut pasukan memanah Korea menang pingat emas. Apa sejarah disebalik ini?
Oleh kerana geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tidak dapat bercucuk tanam seperti orang China yang hidup di tanah rata.
Jadi mereka harus mengusai busur dan anak panah demi memburu binatang. Malah pengasas kerajaan Goguryeo, Jumong juga dikatakan terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Malah satu lagi kerajaan lampau, Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda. Kalau siapa yang rajin tengok kdrama tu mesti pernah tengok kdrama Hwarang kan?
Negara-negara yang bertanding sudah semestinya mempamerkan kejaguhan atlet-atlet mereka dalam pelbagai kategori, termasuklah dari negara kita sendiri.
Korea yang tersepit antara dua kuasa besar iaitu China dan Jepun, melihat busur dan anak panah sebagai senjata yang terbaik dalam tujuan melawan tentera dua negara tersebut yang lebih ramai dan canggih.
Malah menurut lagenda, Yang Manchun telah menyelamatkan kerajaan Goguryeo dari serangan China dengan menembak anak panah tepat ke mata Maharaja China, Li Shimin yang mengetuai tentera negara itu.
Raja Gongmin pada zaman Goryeo dikatakan pernah membunuh 70 askar Jepun dengan hanya memanah.
Memanah jadi sukan kebangsaan, selebriti pun rileks je memanah
Walaupun cerita di atas ni bersifat lagenda, ia menunjukkan kepentingan memanah dalam budaya dan identiti negara Korea.
Meskipun di zaman moden anak panah dilihat sebagai tak relevan lagi untuk berperang, kerajaan mereka tetap mempromosi sukan ini sejak dari tahun 1980-an lagi sebagai sukan kebangsaan yang harus dipelajari semua.
Malah selebriti mereka pun dilihat pandai memanah, dah macam professional dah kalau tengok.
Baca: Satu lagi kes pelajar UPNM mati dibuli, ibu bapa Amirul Nashriq nekad bawa ke muka pengadilan