Insiden bas persiaran terbakar, kesemua 31 penumpang selamat

  • Post author:

Seramai 31 penumpang termasuk pemandu berdepan situasi mencemaskan malam tadi, apabila bas persiaran yang dinaiki terbakar di Kilometer 388.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berdekatan Tanjung Malim.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 10.18 malam.

Menurut JBPM Perak, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dibantu BBP Slim River dikejarkan ke tempat kejadian.

“Tiba di tempat kejadian, mendapati sebuah bas sedang terbakar dan semua penumpang termasuk pemandu bas selamat.

“Anggota bomba menggunakan satu aliran air daripada jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, bas berkenaan musnah kira-kira 80 peratus akibat kejadian terbabit dan operasi tamat pada jam 11.39 malam.

Baca Juga: Ditawarkan kerja pembersihan di kasino, tapi bila sampai eh kena jadi scammer pula

Baca Juga: Tragedi Itaewon: Jumlah kematian cecah 154 orang