Insiden rempuhan Halloween di Seoul, 19 warga asing turut maut

  • Post author:

Sekurang-kurangnya 19 warga asing disahkan maut dalam kejadian rempuhan ketika sambutan Halloween di daerah Itaewon di Seoul, Korea Selatan.

Perkara itu dilaporkan agensi berita Yonhap memetik kenyataan pihak bomba.

Menurut Ketua Jabatan Bomba di Yongsan, Choi Seong Beom, angka kematian meningkat kepada 151 dengan 19 daripadanya dikenal pasti sebagai warga asing.

Katanya, mereka yang terbunuh terdiri daripada 97 perempuan dan 54 lelaki, manakala warga asing yang terlibat berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan juga Norway.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dalam ucapannya secara langsung dari pejabat presiden berkata menyifatkan tragedi dan bencana pada Sabtu itu tidak sepatutnya berlaku.

Susulan kejadian tersebut, Yoon turut mengumumkan negara akan berkabung.

Sambutan itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik kebanyakan sekatan Covid-19 dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

Baca Juga: Sanggup hancurkan perkahwinan yang dibina selama 14 tahun, wanita sedih ditinggal orang baru

Baca Juga: PRU-15: AMANAH Johor sah bertanding enam kerusi Parlimen