Insiden gas pemedih mata di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur mendapat perhatian orang ramai terutamanya peminat bola yang kesal dengan tindakan pihak berkuasa menggunakan bahan tersebut hingga menyebabkan kematian.
Puluhan mayat dari insiden rempuhan tersebut masih belum dikenal pasti oleh waris, perkara tersebut disahkan Ketua Jabatan Kesihatan Malang, Dr. Wiyanto Wijoyo yang ditemui wartawan di Hospital Wava Husada Kepanjen lapor Malang Post.
Pesakit yang kritikal segera dirujuk oleh Perkhidmatan Kesihatan ke beberapa hospital seperti Hospital Kanjuruhan Kepanjen dan Hospital Saiful Anwar Malang
“Masih ada jenazah yang belum diuruskan. Identiti dan keluarganya belum diketahui,” kata Wiyanto.
Tambah Wiyanto, bilik jenazah di Rumah Mayat Hospital Kanjuruhan juga sudah mencapai kapasiti maksimum yang boleh memuatkan sebanyak 20 mayat.
“Buat saudara-mara yang sedang mencari ahli keluarga yang terlibat dalam insiden ini, boleh ke Hospital Saiful Anwar atau ke RSUD Kanjuruhan. Kami akan menubuhkan pusat panggilan untuk membantu masyarakat,” tambahnya. – Agensi
Baca Juga: Buat konsert berhampiran masjid, MBAS kecewa sebab keluar lesen untuk busking sahaja
Baca Juga: Parlimen tak boleh dibubar sesuka hati, YDPA boleh setuju atau tolak permohonan PM