Insiden tikam di pusat beli-belah Milan, pemain bola sepak Sepanyol antara yang tercedera

  • Post author:

Satu insiden di sebuah pusat beli-belah di bandar Assago, luar Milan telah menyebabkan kecederaan kepada empat individu termasuklah Pemain bola sepak Sepanyol, Pablo Mari dan seorang maut.

Polis memaklum mangsa yang maut adalah rakyat Bolivia berusia 47 tahun yang bekerja di pasar raya berkenaan. Suspek berusia 46 tahun itu dikatakan sudah ditahan susulan insiden itu, namun polis belum mengenal pasti motif serangan.

Menurut ejen Mari, pemain bola sepak tidak cedera parah dan keadaannya stabil.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Kelab Monza, Adrinao Galliani memberitahu, Pablo mengalami luka tikaman di bahagian belakangnya, namun tidak menjejaskan bahagian tubuh yang penting. – REUTERS

Baca Juga: Padah anjur konsert palsu guna muka Awie dan artis popular, wanita 40-an ditahan polis

Baca Juga: 1 tahun duduk ‘free’ di pusat beli belah siap ajak kawan akhirnya rahsia lelaki ini terbongkar