Ira Kaza dipanggil JAWI, kes ganggu rumahtangga Puteri Sarah

  • Post author:

Pastinya ramai tahu perihal rumahtangga Puteri sarah dan Syamsul Yusoff yang dikatakan goyah dek kehadiran orang ketiga iaitu anak kepada pelakon veteran Kazar, Ira Kaza. Isu yang dikatakan sudah memakan masa hampir 4 tahun akhirnya dibongkar Puteri Sarah.

Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, 27, dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini.

Ini adalah berhubung kes tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadapnya, Ira juga ditemani keluarganya ketika tiba di JAWI.

Terdahulu, Puteri Sarah, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya.

Baca Juga: Jaga aib suami 4 tahun, Puteri Sarah mahu pertahankan haknya sebagai isteri

Baca Juga: Jangan ingat hantu jika ada bunyi pelik atas siling, mungkin makhluk bulat dan berbulu buat ‘reunion’