Isu pemakaian kumpulan Dolla di acara Good Vibes Weekender menjadi bualan ramai apabila dikatakan lebih seksi jika mahu dibandingkan dengan penyanyi dari Korea, CL yang memilih kot labuh untuk menutup baju di bahagian dalam.
Disebabkan isu tersebut, Dolla dikatakan akan lebih berhati-hati dan menjadikan ini sebagai pengajaran selepas menimbulkan kemarahan ramai akibat pemilihan baju yang tidak sesuai dengan konsep dari Malaysia.
Lebih fokus kepada persembahan, Sabronzo mengakui ahli kumpulannya terlepas pandang isu pemakaian dan mengakui perkara tersebut berlaku secara tidak sengaja sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
“Kami belajar daripada kesilapan dan kami juga akan lebih berhati-hati dalam aspek penampilan selepas ini.
“Kami minta maaf dan akan belajar untuk tidak mengulanginya lagi,” ujarnya.
“Isu seksi ini, mungkin kami terlepas pandang.
Mereka juga mengakui terkejut dengan reaksi orang ramai namun memilih untuk mengambil pengajaran untuk menjadi individu yang lebih baik lagi lapor Kosmo.
Baca Juga: Jadi artis pertama buka stesen televisyen, AC Mizal mengaku hampir pulangkan lesen
Baca Juga: Taufan Ian mungkin paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat, angka korban terus meningkat