Isu video tular seorang lelaki yang mirip Ismail Izzani dikatakan memeluk dan mencium wanita di kelab malam masih nelum selesai apabila dia pulang sejurus tamat persembahan untuk program Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37)
Pihak media diberitahu, penyanyi itu menolak permintaan wartawan yang mahu mendapatkan reaksi berhubung video tular memaparkan aksi sumbang seorang lelaki mirip wajahnya lapor Kosmo.
Penyanyi berusia 22 tahun itu terus pulang usai menyanyi lagu Habis Sini bersama Naim Daniel walaupun sudah diminta untuk sesi temu ramah bersama pihak media.
Netizen mula menyerang Instagram penyanyi tersebut kerana tindakan yang dilihat sebagai tidak bermoral, malah instagram ibunya juga diserang untuk dapatk penjelasan daripada keluarganya.
Baca Juga: Keluarkan oksigen dan bakteria, netizen tak jadi sedih Azal buang angin dalam video
Baca Juga: ‘Ghaib’ hampir 600 kg ganja tapi polis salahkan tikus pula