Kecoh sebelum ini mengenai produk Nutrimalt yang didakwa mengandung alkohol dijual di kedai serbaneka terbesar di Malaysia, 7-Eleven, Tidak mahu tambah kebimbangan, 7-Eleven keluar kenyataan rasmi mengenai produk tersebut.
“Pihak pengeluar telah memberikan respon secara rasmi dan menekankan bahawa produk ini tidak mengandungi alkohol dan kami berkongsikan maklumat ini kepada pihak umum dan juga pelanggan setia 7-Eleven.”
Jelas 7-Eleven lagi, semua produk mereka melalui proses kelulusan yang ketat untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.
Pihaknya juga menekankan bahawa komitmen 7-Eleven adalah berterusan memastikan setiap kebimbangan para pelanggan didengari dan diuruskan dengan baik.
Maklumat ini diharapakn dapat menjelaskan isu yang sedang tular kini. Pihak pengurusan 7-Eleven juga berterima kasih di atas sokongan tanpa henti dan maklum balas yang diberikan para pelanggan.
Mereka percaya penambahbaikan secara berterusan ini amat penting dalam memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan 7-Eleven.
Baca Juga: Vlogger makan kelawar ditahan polis