Jadi Perdana Menteri Malaysia untuk kali ke 3, Tun M mengaku masih berfungsi

  • Post author:

Masih lagi sihat dan kuat untuk pilihan raya, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan menolak jika ada yang mahu jadikannya Perdana Menteri buat kali ketiga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu bagaimanapun menjelaskan, hasrat untuk mengemudi negara itu hanya akan ditentukan jika Gerakan Tanah Air (GTA) menang serta terdapat desakan untuk beliau kembali ke Putrajaya lapor Utusan.

“Saya setakat ini boleh berfungsi lagi. Saya boleh bergerak, saya boleh bercakap. Saya boleh berunding, saya boleh ni semua. Walaupun umur saya lebih tapi saya masih lagi boleh bekerja.

“Kalau nak juga (dilantik sebagai Perdana Menteri) tak akan lah saya nak tolak tapi seboleh-bolehnya taklah (tidak mahu),” katanya.

Dr. Mahathir juga tidak kisah dan bersedia menentang calon yang bakal menduduki kerusi Langkawi yang akan ditandingi ramai calon termasuk bekas Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Ezam Mohd. Nor.

“Kalau dia nak bertanding ok sahaja, ini (negara) demokrasi membenarkan siapa sahaja bertanding, kalau sampai 100 orang bertanding di Langkawi pun ok,” katanya.

Baca Juga: Demi PRU15, 7,700 anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersiap sedia

Baca Juga: Doktor tertua di dunia kerja 9 pagi sehingga 6 petang