Jalan sekitar Gombak ditutup bermula 1 tengah hari esok

  • Post author:

Sempena perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL), beberapa jalan raya di sekitar Gombak, akan ditutup bermula 1 tengah hari esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir memaklumkan, antara jalan yang akan ditutup sepanjang perlumbaan itu  adalah susur keluar Taman Melati ke MRR2 Batu Caves, susur keluar Shell Taman Melati, MRR2 dari arah Batu Caves hala tol Gombak dan Jalan Sungai Pusu hala ke tol Gombak.

“Semua pengguna jalan raya dinasihat untuk mengelakkan melalui jalan-jalan yang terbabit dengan perlumbaan itu,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Perlumbaan LTdL peringkat ketiga akan bermula di Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands dengan pelumba dijangka tiba di sempadan daerah Gombak kira-kira jam 3 petang, dan tamat selewat-lewatnya 4.15 petang.

Baca Juga: Jangan boikot undi! Undi kita, hak kita – Fahmi Fadzil

Baca Juga: DASH akan dibuka dalam masa terdekat