Jalan tar hampir 400 meter di hadapan rumah menantu Jokowi diturap menjelang perkahwinan

  • Post author:

Jalan di hadapan rumah bakal menantu Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), dilaporkan telah diturap sepanjang 387 meter.

Turapan jalan dilakukan tepat ketika menjelang perkahwinan anak presiden itu, Kaesang Pangarep dengan Erina Gudono.

Jalan yang diturap itu juga dilaporkan akan dilalui rombongan Jokowi.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Badan Pekerjaan Umum Daerah Perumahan dan Pemukiman Sleman, Taufiq Wahyudi memaklumkan, proses penurapan itu dilakukan dengan menggunakan dana Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah (APBD) daerah Sleman.

Katanya, projek itu dilakukan selepas terdapat permohonan daripada penduduk setempat yang mahu jalan di hadapan rumah Erina diturap bagi memudahkan pergerakan, terutamanya menjelang perkahwinan gadis itu dengan anak Jokowi.

Selain itu, Taufiq menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan keluarga Erina mendapat kelebihan itu hanya kerana mereka bakal berbesan dengan Jokowi.

“Projek penurapan ini dilaksanakan mengikut prosedur yang sepatutnya, tiada sebarang keistimewaan seperti yang didakwa.

“Jika ada kawasan yang ingin diturap, penduduk di situ juga perlu mengemukakan permohonan menerusi kaedah yang ditetapkan. Semua sama sahaja,” katanya.

Baca juga: Wah! Beribu-ribu ikan naik atas jambatan, untung orang Koh Lanta dapat ikan

Baca juga: Tentera didakwa dibayar RM300 untuk undi awal di Parlimen Bera, Anwar dedah