Jangan bagi alasan Mykad hilang untuk tak keluar mengundi, ganti yang baru ambil masa 30 minit sahaja

  • Post author:

Pelbagai alasan akan diberikan untuk tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini namun jangan pula beri alasan Mykad hilang atau rosak. Ini kerana proses penggantian hanya mengambil masa selama 30 minit untuk kes khusus.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan mereka yang berdepan masalah dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut.

“Saya harap selepas ini, tidak timbul gagal keluar membuang undi kerana Mykad hilang kerana proses gantian mengambil masa setengah jam sahaja.

“Kita akan buat penggantian segera bagi memastikan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, kita tidak mengenakan sebarang caj,” katanya kepada Utusan.

Proses penggantian MyKad sebelum ini memakan masa sehari namun bagi kes-kes khusus ia boleh dilakukan dengan cepat iaitu dalam tempoh 30 minit.

Baca Juga: Lelaki tersilap bayar tambang teksi lebih 1,000 kali ganda, nasib baik dapat semula

Baca Juga: “Berulang kali kakak minta maaf, kakak tak sengaja”, ibu cerita semula insiden kakak tertikam adik