Sejak kebelakangan ini, berlegar di media sosial tentang kebimbangan ibu bapa yang meluahkan rasa risau selepas mendapat tahu beberapa rancangan kartun yang menjadi tontonan anak mereka terselit unsur mempromosi keganasan di dalamnya.
Paling terbaru adalah kartun yang menjadi minat kanak-kanak iaitu Huggy Wuggy. Ada ibu yang mendedahkan bahawa kandungan cerita ini tentang ibu bapa dan ahli keluarga yang harus dibunuh.
Susulan itu, seorang warga maya, Siti ‘Aisyah Rozalli memuatnaik satu video yang menyenaraikan beberapa kartun berbahaya yang perlu diharamkan segera oleh ibu bapa.
Antara yang termasuk dalam senarai karakter kartun berbahaya ialah;
- Huggy Wuggy
- The Siren Head
- Cartoon Cat
- Kissy Missy
- Among Us
- Happy Tree Friends
- Long Horse
- Nights At Freddy’s
Dalam pada itu Aisyah menegaskan bahawa karakter-karakter ini sebenarnya telah diolah dengan ganas di Youtube dan kesihatan mental anak anda akan terdedah kepada bahaya jika menontonnya.
Baca juga: Terus mendapat sambutan, Royal Floria Putrajaya 2022 akan disambung hingga 6 September depan
Baca juga: Lelaki ambil nyawa sendiri dengan terjun bangunan selepas bergaduh dengan teman wanita