Jangan bawa masalah peribadi ke atas pentas, Awie nasihat penyanyi untuk jaga adab

Tidak habis dengan kontroversi, vokalis band hujan itu menarik perhatian ramai apabila aksinya meludah di atas pentas mendapat kecaman hebat daripada netizen. Isu ini mendapat perhatian vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mengenai adab ketika melakukan persembahan.

Memetik Astro Gempak, Awie, 53, menegaskan penyanyi band rock Malaysia seharusnya memiliki adab yang tinggi serta tidak bersiakap biadab ketika melakukan persembahan.

“Berkenaan isu rockers yang bertindak tidak sopan di atas pentas itu bukan lesen untuk dia carut dan berkelakuan aneh ketika buat persembahan. Rock ini ada kategori-katergorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya.

“Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk? Kalau betul dia rocker, dia tidak begitu. Band di Malaysia ni banyaknya orang Melayu dan kita ada adab, adab kita sangat tinggi,” katanya.

Awie turut menasihatkan penyanyi band rock di Malaysia supaya tidak membawa masalah peribadi ke atas pentas dan ingat ibu bapa sebelum melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

“Saya seru kepada semua penyanyi band walaupun rock macam mana sekali pun jaga adab, kesian mak ayah kita yang ajar kita mengaji dan adab, kira hancurkan, kesian ibu bapa.

“Kalau nak rebel boleh, tetapi melalui penulisan lirik, berkaryalah, luahkan dalam lirik bukannya dengan attitude buruk di atas pentas. “Selagi beriman insyallah kita boleh kawal perkara itu,” tambahnya.

Baca Juga: Ada banyak terlibat, Zul Ariffin tak mahu panjangkan kes dan bayar denda RM30,000

Baca Juga: Nak ‘cucuk’ duit tapi letak kereta di petak pam petrol – Ini nasihat buat mereka yang suka buat perangai begini