Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kehilangan wanita bernama Rosnazirah Mohd Naim.
Rosnazirah, 36, seorang ejen jualan produk kosmetik didakwa `dilarikan’ tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.10 petang itu, wanita berkenaan didakwa dilarikan tiga lelaki menggunakan sebuah kereta jenis Toyata Vios berwarna perak.
Menurut Amran, polis sedang melakukan siasatan lanjut dan orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 51 saat yang menunjukkan kejadian wanita itu didakwa dilarikan.
Rakaman itu diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mangsa.
Baca Juga: Ambulans lambat sampai, mangsa kemalangan dihantar guna jengkaut ke hospital
Baca Juga: Fasa pertama Lebuhraya SUKE akan dibuka dalam masa terdekat