Jangan tunjuk tingkah laku buruk pada umum, DG Hisham tegur Noh Salleh isu rokok di KLFW

  • Post author:

Tular sebelum ini mengenai Noh Salleh yang menghembus vape pada muka wartawan, tidak habis dengan tingkah laku buruk, kini dia tampil memegang rokok ketika membuat kemunculan di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW).

Walaupun rokok tersebut tidak dinyalakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memandang serius isu berkaitan artis yang menampilkan perilaku seperti merokok atau menghisap vape di khalayak ramai.

“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.

Noor Hisham turut menyeru orang ramai untuk membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang budaya merokok.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Twitter.

Banyak lagi tauladan baik yang boleh ditunjuk oleh Noh Salleh. Tidak kisahlah mahu menjadi diri sendiri ataupun tidak, merokok tidak hanya membahayakan diri anda malah orang disekeliling anda.

Baca Juga: 11 tahun melayari bahtera perkahwinan, Noh sahkan sudah bercerai dengan Mizz Nina

Baca Juga: Bolehkah Agong beri pengampunan diraja pada Najib Razak?