Dapat dilihat kekuatan suara orang asia jika mahu dibandingkan dengan orang dari negara barat. Melalui ‘Scream Challenge’ oleh McDonald’s Indonesia, pengunjung yang dapat menjerit paling kuat di skrin akan dapat aiskrim Hershey secara percuma.
Video tersebut dan kapsyen kenapa dengan orang Asia? mendapat tontonan lebih 8 juta yang memperlihat sisi dan gaya orang asia menjerit berbanding dengan lelaki kult putih tersebut.
Kelihatan wanita dan lelaki asia yang menjerit sekuat hati seolah-olah mempunyai masalah paling besar di dunia dan mereka berjaya mendapatkan aiskrim tersebut.
Namun lain pula yang terjadi kepada lelaki mat salleh yang berbaju biru, jeritannya sangat halus dan boleh dikatakan terlalu sopan jika mahu dibandingkan dengan lelaki dan wanita sebelumnya.
Netizen sempat berseloroh yang lelaki baju biru tersebut masih belum berdepan masalah besar lagi dalam hidupnya.
“Baju biru tu mungkin belum ada masalah lagi kot,” komen Tarmizi
“Baju biru hidup tak stress,” komen Chapi
Ramai juga yang menyatakan mesin ini boleh menghilangkan tekanan ramai orang dek kerana perlu menjerit paling kuat. Dah hilang tekanan dapat pula makan aiskrim percuma
“Saya nak belikan mesin ini dan hadiahkan kepada mak saya, jadi bila dia marah dekat saya dia boleh dapat aiskrim percuma.” kata Thnrdnn.
“Kakak saya perlu ke sana, mereka pasti akan dapatkan aiskrim Hershey percuma,” komen Tash.
Baca Juga: Arab Saudi bakal sambut Hari Kebangsaan dengan konsert dari malam sampai subuh
Baca Juga: PM harus bersama oposisi jangan sekali-kali tunduk pada kluster mahkamah