The Malaysia Life

Jijik! Remaja sanggup raba dan cium pipi budak usia 11 tahun dalam lif

  • Post author:

Tiada yang lebih jijik dan hina daripada mengambil kesempatan ke atas orang yang lebih lemah. Seorang kanak-kanak beusia 11 tahun mengalami trauma setelah menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang remaja lelaki ketika menaiki lif di kediamannya di Putrajaya.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter iaitu NarshAli mendakwa mangsa yang juga anak saudara rakannya dikatakan telah diraba dan dicium ketika menaiki lif bersama suspek.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dikatakan keluar ke kedai membeli ubat buat ahli keluarganya yang demam panas sebelum dia terserempak dengan suspek di bahagian luar lif.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan suspek yang juga bekas anak kepada ibu mangsa sudah berjaya ditahan lapor Astro Awani.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun itu dikatakan pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya.

“Bertindak hasil maklumat, remaja lelaki terbabit berjaya diberkas di Pasar Kajang pada petang Khamis.

“Reman akan dipohon esok untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Baca Juga: 2 hari terperangkap di bawah runtuhan, kanak-kanak ditemukan sebelah mayat nenek

Baca Juga: PM Singapura ucap tahniah, tidak sabar mahu jumpa Anwar