Jatuh cinta kali pertama, lelaki umur 78 tahun nikahi wanita muda 60 tahun

Benarlah jodoh dan pertemuan rahsia tuhan, siapa menyangka sepanjang 78 tahun hidup di muka bumi, tidak pernah sekalipun lelaki dari Filipina ini jatuh cinta namun di saat usia sudah tua, cinta pertamanya hadir dengan jarak usia 60 tahun.

Menurut laman berita SaoStar, pesara petani bernama Rashed Mangacop, 78, berkahwin dengan cinta pertamanya Halima yang baru berusia 18 tahun.

Rahed pertama kali bertemu Halima adalah pada tiga tahun lepas dalam satu majlis makan malam di wilayah Cagayan. Menurut anak saudara Rashed, Ben Mangacop, bapa saudaranya tidak pernah berkahwin atau mempunyai teman wanita sepanjang hidupnya.

Pasangan itu saling menemui cinta pertama mereka. Media Filipina memaklumkan bahawa pasangan itu sudah bercinta selama tiga tahun.

Jelas Ben, perkahwinan mereka juga tidak mendapat tentangan daripada keluarga tetapi sebaliknya disokong penuh oleh kedua-dua belah pihak.

Di bawah undang-undang Filipina, seseorang individu bawah umur 21 tahun boleh berkahwin tetapi mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa.

Baca Juga: Rupanya kucing ini takut bunyi enjin, menyorok dalam rumah

Baca Juga: ‘Umpan PRU-15’: Karikatur gaya chef Salt Bae tarik perhatian orang ramai