Johari Abdul dipilih Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu

  • Post author:

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul dipilih memegang jawatan Ketua Pembangkang Kedah baharu, menggantikan Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi.

Pemilihan itu dibuat sebulat suara oleh kesemua 10 ADUN Pakatan Harapan (PH) Kedah dalam satu mesyuarat yang diadakan hari ini.

Menurut Johari, beliau berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan kesemua ADUN itu dan berazam memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.

 “Alhamdulillah, semua rakan dalam PH sebulat suara memberi peluang kepada saya sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah menggantikan Datuk Phahrolrazi.

“InsyaAllah, saya akan buat yang terbaik untuk memastikan perjalanan dewan seperti yang diharapkan, iaitu konstruktif. Kita akan jadi pembangkang yang konstruktif dan terbaik untuk negeri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat di Wisma Darul Aman, hari ini.

Menurut Johari yang juga merupakan ADUN daripada PKR, beliau akan bertukar kedudukan kerusi dalam DUN berkenaan esok, setelah pemilihan itu dimaklumkan secara rasmi kepada Speaker DUN, Datuk Juhari Bulat.

Baca Juga: Entah macam mana kepala boleh sangkut celah hiasan batu, nasib bomba boleh selamatkan

Baca Juga: Ular masuk ke bahagian enjin kereta, netizen sifatkan misi keluarkan ular macam main tarik tali