Jumpa pembalut luka terpakai dalam makanan, wanita rasa geli tekak

Siapa sahaja yang tak loya kalau jumpa pembalut luka yang sudah digunakan dalam makanan yang dipesan. Bagi pengguna Twitter ini, dia sudah makan banyak sebelum menyedari kehadiran pembalut luka yang disangka kulit ayam pada mulanya.

Menggunakan aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan, wanita itu memesan kuetiau goreng dari sebuah kedai makan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

 

Melihat kepada beberapa gambar yang dimuat naik Hannah, terasa jijik dengan kualiti masakan pihak peniaga tersebut yang dilihat tidak menjaga kualiti dan semestinya kebersihan hingga tidak menyedari pembalut luka yang dilihat elok tergaul bersama makanan tersebut.

“Jumpa pembalut luka dalam kuetiau goreng saya, saya nak menangis dan sangat geli, lebih teruk plaster tersebut telah digunakan,” luahnya dengan kecewa.

Hannah memaklumkan dia mula menyangka pembalut luka itu hanyalah kulit maka dia asingkan namun ketika rakannya mahu menghabiskan makanan miliknya, ketika itulah mereka sedar yang ia adalah pembalut luka dan bukan kulit ayam.

Di bawah hantaran miliknya, ramai yang berkongsi benda yang mereka temui ketika sedang makan hingga menyebabkan mereka loya dan tak lalu makan.

selain pembalut luka, netizen kongsi benda jijik dijumpai

selain pembalut luka, netizen kongsi benda jijik dijumpai

selain pembalut luka, netizen kongsi benda jijik dijumpai

Sebolehnya lepas ini mungkin kita kena lihat betul-betul apa yang ada dalam makanan sebelum kita mula makan manalah tahu ada bendasir yang perlu dibuang.

Baca Juga: Tinggal dengan pesakit mental, pasangan ini cipta keunikan

Baca Juga: Hasil negara dijangka jatuh, dari mana kerajaan dapat wang untuk belanjawan terlalu besar?