Biasanya kita akan berdepan kesesakan lalu lintas apabila berlaku kemalangan atau pun kenderaan yang dipandu mengalami kerosakan.
Namun lain pula situasi yang berlaku di Australia, apabila lebih 65 juta ekor ketam merah memulakan penghijrahan tahunan di Pulau Christmas, Australia baru-baru ini.
Pergerakan beramai-ramai ketam itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di pulau berkenaan.
Lazimnya, banyak kenderaan dialihkan apabila haiwan itu berkerumun di jalan raya dan ada sesetengah penduduk tempatan menggunakan kayu pencakar untuk menyapu ketam tersebut dari jalan raya.
Pengurus spesies asli Pulau Christmas, Derek Ball berkata, terdapat berjuta-juta jumlah ketam yang bergerak.
Menurutnya, ia hanya melibatkan tempoh beberapa hari, tetapi pergerakan tersebut melibatkan bilangan yang besar.
Kesemua ketam itu meredah laluan sepanjang 20 kilometer (km) dari hutan ke lautan untuk membiak, dan populasi haiwan itu telah berkembang dengan ketara sejak akhir-akhir ini.
Baca Juga: Aktiviti keluarga berakhir tragedi, anak lelaki maut dibaham singa
Baca Juga: Rosakkan kolam Deepavali, pemuda dan perakam direman tiga hari