Kadar tol AKLEH, GCE, LKSA, Silk turun mulai 20 Oktober

  • Post author:

Kerajaan bersetuju menstruktur semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol kendalian syarikat Prolintas bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan Lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

“Sebagai menandakan keprihatinan terhadap masalah rakyat yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup, kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian PROLINTAS dan mengurangkan kadar tol bagi lebuh raya terbabit.

“Ia akan berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 20 Oktober 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), hari ini.

Baca Juga: DUN Perak belum bubar, masih belum dapat perkenan Sultan

Baca Juga: Had ahli kumpulan Whatsapp dipertingkat kepada 1,024