Kadar tol di Lebuhraya DASH diumumkan, RM2.30 untuk kelas satu

  • Post author:

Bermula tengah malam ini, jam 12.01  Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) akan memulakan kutipan bayaran tol kepada umum.

Sejak pembukaannya pada 14 Oktober lalu, pengguna diberi tol percuma sebulan sehingga hari ini.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

Sehubungan itu, pengguna disaran memastikan baki kad Touch‘N Go dan e-wallet mencukupi sebelum memasuki Lebuh Raya DASH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kadar tol bagi kereta persendirian adalah RM2.30, lori (RM4.60), treler (RM6.90), teksi (RM1.20), manakala bas RM2.30.

Kata kenyataan itu, Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol terutama pada waktu puncak.

Tambah kenyataan itu, pengguna dinasihatkan mematuhi peraturan keselamatan dan papan tanda arah disediakan bagi memastikan perjalanan yang lancar.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi DASH hotline di talian 1-300-88-5522,” kata kenyataan itu.

Baca Juga: Gara-gara ubah suai Toyota ke Ferrari, lelaki berdepan dakwaan memalsu dan melanggar cap dagangan

Baca Juga: Mak didik jangan kurang ajar, Reen Rahim tak mahu panjangkan isu