Mungkin sudah hilang akal. Seorang lelaki kahwinkan dua patung alat permainan orang dewasa di tapak suci penganut Budhha di Myanmmar. Lelaki tersebut akhirnya ditahan kerana memfitnah agama Buddha.
Dua patung tersebut juga dipakaikan pakaian tradisional dan tiara oleh Zarni Aung. Lelaki berusia 26 tahun itu kemudian membawanya ke Pagoda Shwedagon Yangon untuk dikahwinkan pada 22 Oktober lalu lapor akhbar Mirror UK semalam.
Aung bersama tujuh lagi yang turut hadir ditahan oleh pengawal keselamatan. Untuk memastikan kelancaran majlis, mereka turut memasang khemah besar di tempat letak kereta untuk melaksanakan upacara tersebut.
Rakaman memaparkan kumpulan itu menawarkan bakul bunga dan buah-buahan sebagai hadiah sempena perkahwinan dua patung itu sambil diperhatikan pelawat lain.
“Kami telah memfailkan kes terhadap Zarni Aung dan kumpulan itu kerana memfitnah agama Buddha,” kata pegawai Kementerian Hal Ehwal Agama dan Kebudayaan Burma.
Seorang kakitangan yang tidak dikenali yang didakwa membenarkan kumpulan itu melakukan upacara tersebut di tempat letak kereta juga akan disiasat. – Agensi
Baca Juga: Selepas 6 hari hilangkan diri, seekor ular tedung kembali ke ‘sarang’