Sebagai seorang ibu, pasti akan merasai kesusahan ibu yang lain kerana naluri ibu yang sangat kuat ini dapat merasa tekanan sekeliling.
Sama juga dengan wanita ini yang mengatakan dirinya kerap dijadikan bibik oleh kakak iparnya atas sebab dia yang menumpang di rumah ibunya.
Assalamualaikum.. admin, harap tolong hide profile saya. Saya sebenarnya ada depr3ssion. Macam macam faktor yang menyebabkan saya ada depr3ssion sehingga berat badan saya turun mend4dak.
Saya dah refer doc memang takde peny4kit dan dah buat rawatan kampung pun takde masalah. Dalam banyak – banyak faktor antaranya masalah dengan ipar. Kak ipar saya ni baik, cuma bila kita pun dah baik dia mula ambik kesempatan.
Saya duduk rumah mertua, duit bulanan saya simpan untuk buat rumah sendiri. Kalau nak menyewa, nanti takde la duit simpanan saya untuk buat rumah. Jadi saya sabar je duk umah mertua. Mertua saya pun baik dan sporting. Dengan mertua takde masalah langsung.
Ipar saya ni dari dulu suka hantar anak dia rumah mak dia. Rumah mertua saya lah. awal – awal per4ngai dia agak angkuh. Yela beza umur kami agak jauh. Dia 40-an. saya 20-an. Lama – lama ok sebab saya jenis yang baik dan senang bergaul.
Awal – awal kahwin dah kena jaga anak laki dia umur 4 tahun. Anak dia tersangat lah nakal. Sampai tahap tak boleh tegur, pasti tantrum. Ber4k merata dalam rumah, conteng dinding. Buat bising. saya kena hadap selama setahun kehidupan serabut macamtu.
Jam 530 pagi dah kena buka pintu dia hantar anak. Saya jaga tanpa bayaran ye. Bila dia balik kerja, dia akan singgah umah mak mertua. Duduk situ sampai laki dia balik kerja dan baru akan balik rumah. Satu hari saya agak terkilan bila saya buka – buka pintu sambut dia balik kerja, terus dia mengomel.
‘Ishhh..anak aku tidur tidak berbantal??’ Padahal tidur atas sofa empuk kot bukan atas lantai. Duit mengasuh tak bagi, tapi nak servis tiptop. Sekarang anak dia dah besar. Pantang cuti sekolah mesti hantar anak dia tidur sini.
Cuti sabtu ahad pun sama. Asyik – asyik nak keluar ‘me time’ dengan laki. Pergi mall, karaoke lah tengok wayang lah. Me time lah kononnye. Hantar sabtu, esoknya malam ahad baru nak ambik. Itupun sebab esok anak – anak sekolah.
Waktu cuti sekolah, seminggu tidur sini. 2 hari balik rumah, pastu datang lagi sampai buka sekolah. Alasan sebab anak – anak dia nak main dengan anak-anak saya. Bayangkan anak – anak saya 5 orang, anak dia 3 orang, semua dia hantar sini.
Lanemall01
Saya ni duk rumah teres. Bayangkan rumah sempit dan anak 8 orang. Masing – masing berumur 12-2 tahun. Selang 2 tahun sorang. Penat mental saya nak jaga. Bila mereka berg4duh, kena leraikan, berebut mainan. Main sabun lah. Mandi hujan lah, semua saya kena hadap hari – hari.
Makan minum kena masak untuk ramai – ramai. Makanan kena catu, dah la barang mahal sekarang ni Dia tak fikir ke benda – benda macamtu? Bila dah siap masak kena hidang pulak, anak-anak ni kadang-kadang basuh pinggan kadang tak.
Kemudian saya kena suruh – suruh, adoi ingat tak penat ke? Anak – anak dia plak dah macam suka duk sini, dia pulak jenis tak kisah anak takde depan mata sebab dia percaya saya dan mak dia jaga elok. Tapi sampai bila dia nak susahkan saya.
Dia ingat tak penat ke jaga anak? Mental saya down. Tengok muka anak – anak dia pun saya rasa geram pastu dah tak ikhlas nak jaga. Kalau sekadar jaga sebab terdesak atas alasan meeting atau hal-hal kec3masaan tu saya berbesar hati untuk jaga.
Tapi kalau dia saja malas jaga anak, saya rasa sangat – sangat terganggu dan dipergunakan. Suami saya takde function ye. Dia tak berani nak cakap kat kakak dia sebab kakak dia tu sulong dan nak jaga silaturrahim. Tapi saya yang dah mental nak hadap hari – hari.
Dia ibarat macam saya surirumah dan bibik kepada kakak dia. Saya bertungkus lumus hari – hari untuk pastikan anak-anak saya dan anak-anak dia kenyang dan bersih. Tapi dia hari-hari bangun tanpa ada tanggungjawab terhadap makan minum anak dia dan tak pening nak hadap per4ngai anak – anak.
Banyak masa dapat dihabiskan dengan laki gi tengok wayang healing – healing. Habis tu, saya??? Dia ingat takde kehidupan sendiri ke?? Dia ingat saya seronok ke jaga budak – budak, dah la tanpa bayaran! Ade ke yang alami nasib macam saya? Macam mana nak buat ye?
Baca juga: “Menyampah tengok suami jadi biawak hidup, ada SPM je tapi kerja memilih sangat”