Kalau ada orang tawar turap jalan, jangan terima sebab ada pihak cuba buat ‘job tepi’ dari lebihan projek asal

  • Post author:

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menerima tawaran dari mana-mana pihak yang ingin menurap jalan atau sebahagian kawasan di hadapan rumah.

Menerusi perkongsian laman sosial Malaysian Modders di Facebook, turapan jalan yang dibawa sesetengah individu itu sebenarnya adalah bitumen lebihan dari projek turapan jalan besar atau dikira ‘job tepi’.

Difahamkan, turapan yang mereka tawar itu adalah jenis hot mix di mana perlu berada dalam suhu yang tinggi untuk campuran dia mengeras.

“Bila depan rumah korang tiada turap. Akan datang sebuah lori, offer harga untuk turap tanah berpasir depan rumah korang. Seeloknya tolak, jangan terima.

“Kalau suhu dah turun lebih paras minimum, satu lori kena patah balik pergi premix plant mereka. Nama pun lebihan, confirm turapan yang dia offer tu suhu yang rendah. Korang pun percaya dengan turapan itu bagus.

“Cuba tongkat motor dekat turapan tu, confirm berlubang sebab campuran dalam turapan dengan suhu itu ibarat gam, impact sahaja tak cukup. Sebab tu dah impact pun, turapan tak kuat. Jadi ini adalah scam yang macam tak scam.

“Cuma geng ini bergerak dalam kumpulan, biasanya muka berbeza-beza tapi ternyata mereka berkumpulan. Sorang datang korang reject, minggu depan datang lagi dengan muka lain. Harga pun berbeza-beza. Dia orang macam dah tahu depan rumah korang tak ada turap.

“Nak turap, panggil orang datang turap. Bukan mereka yang direct selling depan rumah..,” tulis laman FB itu.

Baca juga: Ada orang jual tar keliling taman? Pemuda ini ingatkan jangan beli, lapor je dekat JKR

Baca juga: Perkenal watak lesbian dalam Peppa Pig, ibu bapa berang cerita kanak-kanak mahu di-LGBT