Kalau Parlimen bubar, bajet boleh dibentang semula

  • Post author:

Bajet 2000 menyaksikan pembentang semula belanjawan apabila Parlimen dibubarkan pada tahun 1999. Ini mungkin akan berlaku lagi sekali jika Parlimen dibubarkan tahun ini.

Jika parlimen dibubarkan maka belanjawan bajet 2023 akan dibentangkan semula dan diluluskan apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini berdasarkan kepada Bajet 2000 yang dibentangkan pada 1999 lapor Utusan.

“Soalan tarikh bubar perlu ditanya kepada Perdana Menteri, tetapi perkara ini pernah berlaku pada 1999.

“Jika kita rujuk kembali apa yang berlaku pada 1999, bajet dibentangkan, kemudian ada pembubaran dan bajet dibentangkan semula.

“Jadi itu yang akan berlaku sekiranya ada pembubaran, tetapi soal bubar perlu ditanya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Baca Juga: Bantuan awal persekolahan naik, diberi kepada semua murid

Baca Juga: Bajet 2023: Apa warga emas tiada pasangan, bujang, ibu atau bapa tunggal dapat?