Kanak-kanak 12 tahun meraung minta tolong, orang ramai hanya rakam tapi tak bantu langsung

  • Post author:

Bila empati sudah hilang dalam diri, dan hanya memikirkan soal kandungan untuk dimuat naik kononnya sebagai meraih simpati hingga sanggup membiarkan kanak-kanak 12 tahun yang diserang secara seksual untuk terus meraung meminta tolong tanpa ada bantuan dihulurkan.

“Apabila masyarakat kehilangan kompas moralnya! Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, diserang secara seksual, berdarah, dan meminta pertolongan, tetapi orang ramai sibuk merakamnya di UP, India,” kata Ashok Swain, dalam laman Twitternya.

Profesor Penyelidikan Keamanan dan Konflik itu turut berkongsikan video tular yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan terlantar lemah di kawasan semak.

Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan longlai, menghulurkan tangannya meminta pertolongan dari sekumpulan lelaki yang mengelilinginya.

Namun segalanya musnah apabila mereka hanya berdiri tegak dan merakam kanak-kanak tersebut seolah-olah dia hanyalah patung hiasan lapor Samudera.

 

 

Kanak-kanak tersebut akhirnya dibantu seorang anggota polis yang membawanya ke kereta rickshaw. Menurut laporan, kanak-kanak tersebut sedang dirawat di kemudahan perubatan tempatan.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan itu berjalan dengan seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti sebelum ditemui dalam keadaan cedera dan berdarah berhampiran rumah tetamu kerajaan, Ahad lepas.

Polis telah mendaftarkan kes rogol atas aduan oleh keluarganya, walaupun keputusan pemeriksaan perubatan tidak diisytiharkan.

 

Antara komen netizen mengenai insiden kanak-kanak tersebut:

“Biasalah akhir-akhir zaman, manusia makin ramai tetapi sifat kemanusiaan makin kurang,” komen Norma.

“Berlaku di India, lihat dalam movie ada babak budak kena culik. Bila disoal kenapa tiada yang menolong, mereka hanya membalas bukan masalah mereka. Agaknya betul apa yang dilakonkan dan realiti,” komen Snow

“Rakam untuk content masing-masing sebab sangap, lepas tu kapsyen simpati konon,” komen mizan.

Baca Juga: Hanya sebab tak mahu makan dan terberak atas tilam, kanak-kanak 4 tahun jadi mangsa dera

Baca Juga: Peniaga bising ‘free shipping’ yang ditabur TikTok untuk tarik pembeli rupanya perlu dibayar penjual, ada yang hangus RM20,000!