Kanak-kanak ini dapat 7 serangan jantung akibat disengat kala jengking

  • Post author:

Berhati-hati, ayat itu sering kita dengar bagi mengingatkan seseorang agar selalu peka dengan keadaan sekeliling.

Apatah lagi, benda yang kita tidak nampak tetapi rupanya ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Ini yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki di Brazil yang mengalami tujuh serangan jantung.

Kanak-kanak itu mendapat serangan jantung gara-gara dia disengat salah satu kala jengking paling berbahaya di dunia ketika memakai kasutnya, baru-baru ini.

Luiz Miguel Furtado Barbosa, 7, meninggal dunia pada 25 Oktober di sebuah hospital, dua hari selepas dia disengat kala jengking kuning Brazil atau Tityus serrulatus, spesies dengan racun sangat toksik yang dipersalahkan atas beribu-ribu kematian di negara berkenaan.

Menurut Independent, Luiz Miguel sedang memakai kasutnya untuk bersiap apabila kala jengking itu menyengatnya.

“Sebaik memakainya, dia menjerit kesakitan. Oleh kerana kami tidak menjumpai apa yang menyengatnya, kami terus mencari.

“Tetapi kakinya mula merah menyebabkan kesakitan,” kata ibunya Angelita Proença Furtadoc yang memaklumkan menerusi akhbar Brazil, O Globo.

Mereka menggeledah rumah untuk mengetahui apa yang menggigit kanak-kanak itu.

Kira-kira lima minit selepas kanak-kanak lelaki itu disengat, Proença Furtado dan suaminya, Eraldo Barbosa melihat kala jengking kuning yang digeruni itu.

Baca Juga: Bukan sekejap, 9 hari terperangkap dalam runtuhan, dua pelombong ditemukan selamat

Baca Juga: Tiba-tiba jerung muncul, nasib baik wanita ini tenang kawal keadaan