Kantoi hanya selepas bercerai, pesara tentera hantar mesej lucah kepada anak tiri berdepan 4 pertuduhan

Baru berusia 14 tahun tapi sudah menjadi mangsa mesej seksual oleh ayah tiri yang juga seorang pesara tentera. Difahamkan kejadian itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa dikatakan bercerai dengan tertuduh.

Warga emas tersebut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan menghantar mesej WhatsApp secara seksual terhadap anak tirinya sejak Jun lalu. Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Bemban dalam daerah Jasin.

Tertuduh yang berusia 60 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin lapor Kosmo.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga keempat, tertuduh didakwa telah berkomunikasi secara seksual ke atas anak tirinya berusia 14 tahun 6 bulan dengan menghantar kandungan lucah antara 11 Jun sehingga 31 Ogos 2022.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dikenakan tidak kurang dua sebatan.

Beliau turut memberitahu, mangsa kini tinggal bersama ibunya, manakala tertuduh dijaga oleh oleh anak-anak kandungnya.

Peguam Umar Zulkarnain mewakili tertuduh bagaimanapun memohon agar jaminan rendah dibenarkan dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dan bayaran ikat jamin akan dibuat oleh anak-anak kandungnya yang hadir pada prosiding.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 beserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Beliau kemudian menetapkan tarikh 23 November ini sebagai sebutan semula kes.

Baca Juga: Tindakan dilakukan dua rider ini kepada warga emas, buat netizen nak mengalir air mata

Baca Juga: “Berulang kali kakak minta maaf, kakak tak sengaja”, ibu cerita semula insiden kakak tertikam adik