Kasih seorang guru, sanggup potong rambut dan bersihkan kepala anak murid yang penuh kutu

Hebatnya seorang insan yang bernama guru ini kerana sanggup melakukan apa sahaja buat anak muridnya. Tular di TikTok mengenai seorang guru yang memuat naik video mengenai anak muridnya yang penuh kutu di kepala.

Tidak tahan melihat ketidakselesaan murid tersebut, dia membuat keputusan untuk memotong rambut muridnya dan mengeluarkan semua kutu serta telur kutu yang berada di dalam rambut murid tersebut.

@zeraazzahra

Kesehatan dan kebersihan kepala anak sekolah itu penting sekali agar mereka bisa bersemangat sekolah dan bisa mengikuti pelajaran dengan baik pula

♬ suara asli – Zera Az Zahra – Zera Az Zahra

 

Guru bernama Zera itu membawa seorang pelajar perempuan ke luar kelas. Dia meminta pelajar tersebut duduk sambil rambutnya digunting sedikit demi sedikit lapor laman berita Wolipop.

Zera kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tau rambutnya dipenuhi kutu.

“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab gadis itu.

Menurut Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak.

Dapat dilihat kutu yang gugur di atas alas putih yang dihamparkan, bagi cikgu tersebut ini dikatakan pertama kali dia mengendalikan pelajar yang mempunyai kutu sebanyak itu di rambut.

Baca Juga: Dah ada isteri tapi masih langgan pelacur, lelaki ditahan polis semasa bulan madu

Baca Juga: Polis tumpas sindiket jual daging kucing untuk dimakan manusia